top of page

ASAL USUL

MEE SIPUT mupakan

sejenis produk proses berasaskan tepung yang popular dikalangan rakyat Johor terutamanya di Daerah Muar, Batu Pahat dan Daerah Ledang semenjak lama dahulu. Kini mee siput telah terkenal di seluruh Selatan Tanah Air sebagai satu jenis makanan ringan yang diminati. Di negeri lain pula ada mee seakan mee siput yang dipanggil sebagai 'Mee Sanggul' walau pun rupa bentuk dan saiznya serta kegunaannya agak berbeza sedikit. 

Apabila disebut perkataan makanan ringan, sudah semestinya kita akan membayangkan makanan yang senang dimasak, senang dimakan dan boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah. Ha..inilah hakikat makanan ringan orang Johor iaitu mee siput. Mee ini diberi nama sebegitu kerana rupa bentuknya yang seolah-olah berpusing seperti cengkerang haiwan yang bernama siput.

bottom of page